Wednesday 27 November 2013

Booties for my princess

Comel tak kasut kat bawah ni?.. Comelkan.. Masa mula-mula saya jumpa pattern ni memang teruja sangat nak buat.. tapi dalam bahasa jerman daa.. mujurlah ada selitkan diagram.. berdasarkan diagram itulah saya buat kasut ni.. erm.. memang ingat nak share.. insya-Allah.. nanti kalau berkesempatan.. saya akan share..

Disebabkan keterrujaan saya tu.. dalam masa 2 jam saya dah dapat siapkan kasut ni... lagiler saya teruja bila lihat hasilnya.. kiut-miut sangat.. masa tu baby saya tengah tidur.. terus saya pakaikan dan 'shoot' gambar.. kalau perhatikan gambar kat bawah ni.. nampakkan gambar kaki comel menggayakan kasut ni.. masa tu baby tidur dalam buai.. saya guna benang nona, jarum saiz 3.0mm.. baby saya berusia 10 bulan.. memang muat dengan saiz kakinya..
 

Handphone case





 
Saya suka sangat dengan stitch ni.. jadinya saya buat beg khas untuk telefon saya dengan menggunakan stitch ni. Ermm... tak ingat stitch ni nama apa, masa mula-mula saya tengok youtube dulu.. terus jatuh cinta.. bila kerap buat stitch ni.. jadi dah melekat dalam kepala.. 

Lagipun dah lama saya idam nak buat beg telefon macam ni.. sebelum telefon Samsung S3 saya hilang hari tu gara-gara tertinggal atas meja di kedai makan. huhuhu sedih sangat masa tu sebab baru pakai 3 minggu.. dan lagi satu, saya tak pernah beli handphone semahal tu.. itupun beli sempena harijadi saya..Itulah, kalau saya buatkan beg telefon macam ni.. mesti telefon tu elok tergantung di leher saya.. Tapi nak buat macam mana.. saya kena redho.. erm.. mungkin saya dah semakin tua.. itu yang terlupa sehingga tertinggal telefon di kedai makan.

Ok, kita lupakan kisah sedih tu.. selepas dekat 2 bulan tak ada telefon.. saya pun mengubat luka lara ni beli telefon baru.. tu yang cepat-cepat buatkan beg untuk telefon saya.. tak mahu pisang berbuah dua kali. Erm.. comelkan beg ni.. tapi saya rasa pilihan warna tu tak sesuai dengan saya..

Wednesday 30 October 2013

My new hobby.. knitting

 Nampak jarum kait 2 kat atas... ataupun orang putih panggil 'knitting needles'. Baru je beli jarum ni.. beli satu set dengan harga mencecah RM300.. Fuhh.. dasyatkan kalau dah minat benda-benda macam ni.. bab duit tolak tepi..yang penting apa yang diidamkan tercapai. Kait jarum dua ni kira adik-beradik dengan kait jarum 1.. itu pendapat saya lah sebab bagi sesiapa yang dah ada asas crochet akan mudah untuk mempelajari knitting ni.. terutama bab memegang benang.. saya gunakan teknik yang sama ketika crochet..

  Inilah projek pertama saya..  yang penting kena belajar 'cast on' dan 'knit sticth'.. ni kira yang paling asas untuk knitting.. memang seronok belajar benda baru.. yang penting saya kena mahirkan diri.. pasni bolehlah cuba projek yang besar seperti buat baju sejuk dan sebagainya.. insyaAllah..

Monday 23 September 2013

My ripple bag.. my style..

salam semua.. lepas raya nilah projek terbaru saya.. projek terbaru yang siap.. hehehe banyak sangat UFO (unfinished object). Erm.. kena siapkan cepat tu semua UFO.. dah takde tempat nak simpan.. huhuhu..

oklah.. berbalik kepada cerita bag di atas.. disiapkan sempena nak join CKAL dengan group dalam FB.. tapi tak menang pun & saya pun tak sedih sebab buat beg ni bukan semata2 nak menang.. huhuhu (niat kena betulkan tu).. klau niat semata2 nak menang.. mesti saya dah berguling2 nangis.. Apa2lah.. saya buat beg ni untuk kegunaan sendiri.. almaklumlah..tak suka pakai handbag.. kat dalam tu saya jahit lining & ada 2 zip.. so, bolehlah simpan banyak sikit brg dlm tu.. Macam biasa, model tetap saya.. soleha.. oklah.. cukup utk hari ni.. nak kerjakan UFO dlm almari tu pulak.. hehehe..

Wednesday 14 August 2013

kopiah tempahan semasa raya..

Inilah antara kopiah-kopiah yang saya hasilkan menjelang raya.. erm.. banyak rupanya saya tak ambik gambar sebab mungkin saya merasakan pattern kopiah tersebut hampir sama... rasanya tahun ni paling banyak tempahan saya terima.. sampaikan malam raya pun duk mengait kopiah (hehehe.. tu utk anak sedara).. tempahan yang saya terima ni ada yang 'return order'.. ada yg tengok kat fb saya.. ada yg tengok kawan order.. oklah.. apa2pn.. tengok je lah gambar.. layannzz...




Saturday 27 July 2013

kopiah dan selipar untuk raya

 Yeay.. akhirnya siap tempahan kawan.. selipar dan kopiah.. warna meroon. Tapi kenapa nampak macam warna merah jer??..lighting kot..

 selipar jepun.. hehehe.. susah nak buat ni.. banyak betul saya buat research utk hasilkan selipar ni.. harap memenuhi citarasa ibunya nanti..
Kopiah.. pattern biasa..

ok.. nampaknya dekat nak raya ni tempahan semakin bertambah-tambah.. baru je nak umumkan untuk tutup tempahan.. tapi tetiba ada org tanya.. huhuhu.. mungkin sebab saya post dlm fb.. sebelum ni dalam blog jer...kurang tempahan. rupanya takde orang baca blog saya ni...huhuhu.. sedihnya..

Monday 8 July 2013

smart headband with picot flower

Akhirnya siap juga headband ni.. ini adalah percubaan pertama buat pattern macam ni. Tak perlu guna butang atau tali utk ikat, dgn kaedah yg digunakan ni, memang mudah nak pakaikan pada baby. Erm..utk bunga pula, saya try 'picot flower'... suka sangat pattern ni..

Monday 1 July 2013

Money can't buy happines???

Is that true money can't buy happines? try see this picture below and you can get the answer...

Yes.. with money we can buy yarn.. crochet or knit something can make we happy and feel satisfied. So, lets buy a lot of yarn :)

Thursday 27 June 2013

My 2nd fat bottom bag

 Inilah 'fat bottom bag' saya yang ke-2.. tempahan dari kak wansu. Bila buat kali ke-2 ni rasa mudah pulak berbanding mula2 nak buat dulu.. lagi senang dan cepat bila buat 1 kaler sahaja.. Kali ni saya letak zip.. so, tak terburai ler isi kat dalam tu nanti.

Inilah kak wansu. Dia ni pegawai dari Hospital Terengganu dan sekarang sedang buat master di usm kubang kerian secara sepenuh masa.Tapi sekali sekala jer dia akan datang kat sini.. tu pun kalau nak jumpa penyelia / pensyarah dia kat sini. 

Oklah.. saya nak ronda2 dlm internet.. tadi terjumpa 1 website yang banyak free pattern.. & tengah intai2 projek utk hari raya puasa nanti.. see next time.

Sunday 23 June 2013

Seminar at Cherating

 
 Pada 21 - 23 June yang lepas, i've seminar at Cherating.. bawak 1 family.. memang seronok n tempat tu pun menarik.. Pada hari pertama seminar tu, penganjur bawak kitorang gi tengok dan lepaskan anak penyu..

 tengok tu.. saya terlebih excited.. mana taknya.. first time tu dapat pegang anak penyu.. mula2 rasa cam geli.. comel sangat anak2 penyu ni.. rasa cam taknak lepaskan jer..

 tengok tu.. along n angah pun seronok dapat pegang anak penyu..

 masa ni tengah tengok penyu yang besar.. comel tak zahra? saya sempat kaitkan topi sebelum gi seminar..

ada yang tegur tanya beli kat mana.. dengan malu2 saya jawab.. "err..saya buat sendiri"..


Sunday 16 June 2013

Keychain ♥♥♥

 
 Keychain ♥♥♥ ni lain dari biasa yg kita tengok.. guna dc.. kena buat 2 keping lepas tu perlu jahit utk cantumkan kepingan tersebut.. pada jahitan terakhir barulah kita sumbatkan 'fiber'..

 kalau betul2 buat.. tak sampai 1/2 jam dah boleh siap.. sangat simple..

  ♥ 4ever..

Wednesday 22 May 2013

Beanie and booties


 
Beanie and booties.. dah lama tak buat set macam ni.. Baru ni buat khas untuk dihadiahkan kepada seorang kawan.. Warna benang..'light pink'.. memang cukup menarik pada pandangan saya..

 ni booties 'mary jane'..

Beanie @ topi.. ni kali ke-3 saya buat topi jenis macam ni.. terasa nak buat utk anak sendiri tapi belum berkesempatan..

Monday 6 May 2013

My fat bottom bag

 Inilah 'fat bottom bag' saya... saya buat masa cuti berpantang dalam bulan februari yang lepas.. masa ni kat YLM semuanya tengah 'demam' buat bag ni... siapa tak teruja kalau tengok hasil rakan2 kat fb tu.. yg 'colourful' macam pelangi pun ada... pilih punya pilih benang, saya buatlah kaler hitam putih.. senang nak 'matcing' dengan mana2 baju...
 puashati bila dah siap...♥♥♥

 letak bunga.. sebagai penyeri

  
ini proses nak jadikan bahagian pemegang tu bulat.. saya masukkan tali..

  
lining kat dalam guna kain hitam.. 100% handmade ♥ . Sekarang ni tengah menyiapkan tempahan kawan.. ♥♥♥

Thursday 18 April 2013

Hairband for my princess

 Inilah pengikat rambut yang saya dah buat.. pattern macam ni banyak dah jual kat mana-mana kedai kraf.. so, teringin jugaklah saya nak buat sendiri.. Bahagian tengah tu saya guna teknik i-cord dan masukkan getah kat dalam tu...
 bunga ni saya dah pernah tunjuk dalam salah satu posting saya... so, just ambik bunga yang dah siap ni dan tampalkan pada i-cord tu..
tadaaa......... anak saya dah guna pun.. dan saya happy sesangat bila lihat hasilnya... :-P

Wednesday 17 April 2013

Earflap hat for Zahra

 Alhamdulillah.. akhirnya saya dapat upload gambar dari telefon saya ni.. tadi tanya dengan pakcik google.. so, dapat jawapan yang saya just kena ubah 'setting' pada telefon ni je.. oo.. mudah sangat.. Ok, inilah gambar zahra pada usia 2 bulan dan projek saya ketika cuti bersalin hari tu... jengjengjeng.. 'earflap hat'..

 
 tembamkan pipi zahra... masa ni berat zahra 5.2kg


 hah.. nampak sikit lesung pipit tu.. manisnyer anak ummi senyum... hehehe..

inilah rupa 'earflap hat' tu.. 

Wednesday 20 March 2013

How to hold yarn when crocheting???

Setiap orang  ada macam-macam teknik memegang benang ketika mengait.. sesebelum ni ketika saya mengait, saya akan gulungkan benang tu pada jari telunjuk (sepertimana tuk guru saya ajar).. kekadang tu gulung punya gulung sampai jari telunjuk pun tak nampak.. hehehe.. sebab gulung benang banyak-banyak supaya dapatlah saya mengait lama sikit sebelum berhenti semula untuk proses menggulung benang sekali lagi..
 
macam nilah saya gulung benang pada jari (gambar ehsan dari google)

tapikan saya rasa teknik ni ada sedikit 'slow'.. iyeler.. kita terpaksa berhenti sekejap untuk proses membelit benang semula... Bayangkanlah (kalau saya cakap bayangkanlah, tak payahler nak tutup mata.. nanti tak dapatler nak baca.. takkan korang nak meraba pulak.. ni bukan tulisan braille ok..) dalam tempoh sejam mengait, berapa kali saya terpaksa berhenti untuk membelit benang. Katakan  dalam sejam saya perlu berhenti sebanyak 100 kali, sekali berhenti untuk gulung benang je dah ambik masa selama 5 saat, so.. dalam masa sejam braper banyak masa dah terbuang? 100 kali X 5 saat = 500 saat bersamaan dengan 8 minit dan 33 saat.. (huh.. macam cikgu matematik ler pulak). so, it still take time right? Ok, itu baru sejam.. sekarang ni saya dah mengait hampir 20 tahun.. so, selama 20 thn ni dah braper banyak masa yang saya bazirkan semata-mata untuk gulung benang.. hah cubaler kira sendiri.. 

Sekarang ni saya guna teknik seperti gambar di bawah ni... jadinya tak perlulah berhenti kerana benang akan sentiasa bergerak dengan sendirinya.. dan cuma perlu berhenti kalau lenguh jer.. memang ambil masa untuk dipraktikkan lebih2 lagi jika kita dah terbiasa dengan teknik kat atas tu..
gambar ehsan dari google

erm.. apa2pun terpulang kepada diri masing2.. saya tak cakap pun teknik pertama tu salah.. cuma apa yang saya tulis ni berdasarkan pengalaman saya. Apa2pun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada tuk guru saya yang telah membuka hati saya untuk meminati seni mengait ni (ceewwaahhh.. mcm menang award ler pulak..hikhikhik).. 

ok.. bagaimana cara anda nak pegang benang tu terpulang pada diri masing2.. yang penting mengait mesti diteruskan.. betul tak? betul, betul, betul..


Something wrong some where...

Mmm why i can't upload pictures from my phone?? What happen...  Oh.. so sad coz i can't upload my crochet picture to share with others.. oh my, something wrong some where...

I'm using like this want.. samsung Omnia II. (Pic from google)

ok.. lets crocheting..

Monday 25 February 2013

♥ ♥ ♥ and ♥

Lama jugak tak masuk blog... almaklumlah masih dlm mood bercuti... hehehe... tapi dah tak lama dah sebab cuti bersalin saya just ambik 2 bulan jer.. biasalah nak anak ramai mana leh ambik 3 bulan.. hehehe.

Here i want to share ♥  that i have done before i've start to work from long holidays..
  ♥ in work progress..

 taadaaa.. ♥ done.. with the name..

 ♥ in pink and blue colour.. so cute..

Monday 21 January 2013

Baby coccoon for my new baby

Introduce my new baby.. Raudhatul Az-zahra'. Today is 24days.. I delivered this cute girl on 30rd Dicember 2012 at 8.57 am, weight is 3.5kg.

Look.. the coccon just finish a day before i delivered. I bought this yarn at Daiso.. I'm use ripple pattern and took about 4 ball of yarn.. using 5.0mm of hook.
I got this pattern from google.. Look.. she's very comfortable in this coccon.. It also very easy to handle when she in the coccon..

Ok.. lets crocheting..