Wednesday 27 November 2013

Handphone case





 
Saya suka sangat dengan stitch ni.. jadinya saya buat beg khas untuk telefon saya dengan menggunakan stitch ni. Ermm... tak ingat stitch ni nama apa, masa mula-mula saya tengok youtube dulu.. terus jatuh cinta.. bila kerap buat stitch ni.. jadi dah melekat dalam kepala.. 

Lagipun dah lama saya idam nak buat beg telefon macam ni.. sebelum telefon Samsung S3 saya hilang hari tu gara-gara tertinggal atas meja di kedai makan. huhuhu sedih sangat masa tu sebab baru pakai 3 minggu.. dan lagi satu, saya tak pernah beli handphone semahal tu.. itupun beli sempena harijadi saya..Itulah, kalau saya buatkan beg telefon macam ni.. mesti telefon tu elok tergantung di leher saya.. Tapi nak buat macam mana.. saya kena redho.. erm.. mungkin saya dah semakin tua.. itu yang terlupa sehingga tertinggal telefon di kedai makan.

Ok, kita lupakan kisah sedih tu.. selepas dekat 2 bulan tak ada telefon.. saya pun mengubat luka lara ni beli telefon baru.. tu yang cepat-cepat buatkan beg untuk telefon saya.. tak mahu pisang berbuah dua kali. Erm.. comelkan beg ni.. tapi saya rasa pilihan warna tu tak sesuai dengan saya..

No comments:

Post a Comment