Monday 10 March 2014

Fat Bottom Bag

Fat Bottom Bag.. beg gemuk edisi saya.. dihiasi sekuntum bunga ros berwarna merah jambu..

Sunday 9 March 2014

Crochet Head Scarf

Kali ni saya buat 'Head scarf' ala-ala tudung kepala tiga segi.. saiz kanak-kanak.. guna benang import dan sangat lembut.. Mudah dan cepat dibuat..

Amigurumi Wedding Hello Kitty

Ini kali ke-2 buat patung amigurumi.. selepas masuk contest hari tu.. kawan masa sama-sama buat diploma .. tergoda dengan ami saya tu.. mungkin nak hadiahkan pada pasangannya.. dia baru je melangsungkan perkahwinan..

 Dia nak sebijik macam yang tu.. nak kaler sama.. saiz sama..

 Tinggal kenangan.. selamat dah pos ke seremban..

Tuesday 4 March 2014

Alize yarn..

Tahun 2014 ni memang kerja saya memborong benang jelah.. dari luar negara mahupun dari dalam Malaysia sendiri.. Yang ni benang ALize.. lembut betul dan amat sesuai untuk dibuat baju.. harga seketul RM25.. hah.. ambik ko.. huhuhu.. dah mabuk benang punya pasal.. bab duit tolak tepi.. kehkehkeh.. nasiblah main 'kutu benang'.. bayar bulan-bulan tak terasa mana..

kesayangan saya.. anak dan benang..

Aviator hat & kopiah..

 
Kali ni saya kait Aviator Hat dan kopiah tempahan rakan di pejabat.. Apa kebenda Aviator Hat tu.. ooo.. tu topi ala-ala driver kapal terbang.. hikhikhik.. Meh tengok gambar pemilik topi & kopiah tu menggayakannya.. copy paste dari facebook..

 Comelkan adik Haziq menggayakan kopiahnya..

 
 Ini pula.. adik Haziq dengan Aviator Hat..

Sunday 2 March 2014

2nd time.. hello kitty bag

 Ini kali kedua saya buat beg hell kitty.. terima order selepas customer ni lihat beg hello kitty saya yang mula-mula tu..
Kali ni saya terima order untuk buat 2 beg.. anak saya yang nombor 3 tu dah merengek-rengek nak satu.. erm.. nampaknya ummi kena buatkan jugak ni... seronok buat beg ni.. cepat jer siap..

Ada lagi satu order untuk beg ni.. tapi nak besar sedikit.. erm.. tak apa.. kait perlahan-lahan.. mood 'm' sudah datang ni... huhuhu..

Yarn...

 Benang jenama Wina.. jarang jumpa bengan ni.. agak sedikit kasar dari benang minlon ataupun nona.. memang sesuai dibuat beg.. saya dah try.. memang berbaloi beli banyak-banyak.. Saya borong benang ni dengan satu blogger.. katanya nak perabis stok.. harga memang gila-gila murah.. warna pun cantik-cantik..

Tengok.. saya borong sampai sekotak.. adalah dalam 60 ketul.. penjual ni pun duduk dekat-dekat sini je.. jadi saya dah dapat jimatkan wang untuk pos penghantaran.. hehehe..

Tissue box cover - cake style

 

Kotak tisu bertemakan kek coklat... cantikkan? saya buat ni sempena besday saya baru-baru ni.. hadiah untuk diri sendiri.. dah letak dalam kereta..

Broken heart..

Amigurumi broken heart.. sangat senang untuk membuat nya.. boleh dapat free pattern di blog crochet.is.fun.. hasil yang mengagumkan.. Percubaan pertama ni saya dah hadiahkan pada kawan dalam bentuk keychain.. Kepada yang berminat untuk membuatnya.. bolehlah menjenguk di blog tersebut ye..

Hello Kitty Bag

Beg Hello Kitty.. percubaan pertama.. dah lama simpan pattern tapi tak buat-buat.. akhirnya.. tercapai atas permintaan seorang rakan..