Wednesday 27 November 2013

Booties for my princess

Comel tak kasut kat bawah ni?.. Comelkan.. Masa mula-mula saya jumpa pattern ni memang teruja sangat nak buat.. tapi dalam bahasa jerman daa.. mujurlah ada selitkan diagram.. berdasarkan diagram itulah saya buat kasut ni.. erm.. memang ingat nak share.. insya-Allah.. nanti kalau berkesempatan.. saya akan share..

Disebabkan keterrujaan saya tu.. dalam masa 2 jam saya dah dapat siapkan kasut ni... lagiler saya teruja bila lihat hasilnya.. kiut-miut sangat.. masa tu baby saya tengah tidur.. terus saya pakaikan dan 'shoot' gambar.. kalau perhatikan gambar kat bawah ni.. nampakkan gambar kaki comel menggayakan kasut ni.. masa tu baby tidur dalam buai.. saya guna benang nona, jarum saiz 3.0mm.. baby saya berusia 10 bulan.. memang muat dengan saiz kakinya..
 

Handphone case





 
Saya suka sangat dengan stitch ni.. jadinya saya buat beg khas untuk telefon saya dengan menggunakan stitch ni. Ermm... tak ingat stitch ni nama apa, masa mula-mula saya tengok youtube dulu.. terus jatuh cinta.. bila kerap buat stitch ni.. jadi dah melekat dalam kepala.. 

Lagipun dah lama saya idam nak buat beg telefon macam ni.. sebelum telefon Samsung S3 saya hilang hari tu gara-gara tertinggal atas meja di kedai makan. huhuhu sedih sangat masa tu sebab baru pakai 3 minggu.. dan lagi satu, saya tak pernah beli handphone semahal tu.. itupun beli sempena harijadi saya..Itulah, kalau saya buatkan beg telefon macam ni.. mesti telefon tu elok tergantung di leher saya.. Tapi nak buat macam mana.. saya kena redho.. erm.. mungkin saya dah semakin tua.. itu yang terlupa sehingga tertinggal telefon di kedai makan.

Ok, kita lupakan kisah sedih tu.. selepas dekat 2 bulan tak ada telefon.. saya pun mengubat luka lara ni beli telefon baru.. tu yang cepat-cepat buatkan beg untuk telefon saya.. tak mahu pisang berbuah dua kali. Erm.. comelkan beg ni.. tapi saya rasa pilihan warna tu tak sesuai dengan saya..