macam nilah saya gulung benang pada jari (gambar ehsan dari google)
tapikan saya rasa teknik ni ada sedikit 'slow'.. iyeler.. kita terpaksa berhenti sekejap untuk proses membelit benang semula... Bayangkanlah (kalau saya cakap bayangkanlah, tak payahler nak tutup mata.. nanti tak dapatler nak baca.. takkan korang nak meraba pulak.. ni bukan tulisan braille ok..) dalam tempoh sejam mengait, berapa kali saya terpaksa berhenti untuk membelit benang. Katakan dalam sejam saya perlu berhenti sebanyak 100 kali, sekali berhenti untuk gulung benang je dah ambik masa selama 5 saat, so.. dalam masa sejam braper banyak masa dah terbuang? 100 kali X 5 saat = 500 saat bersamaan dengan 8 minit dan 33 saat.. (huh.. macam cikgu matematik ler pulak). so, it still take time right? Ok, itu baru sejam.. sekarang ni saya dah mengait hampir 20 tahun.. so, selama 20 thn ni dah braper banyak masa yang saya bazirkan semata-mata untuk gulung benang.. hah cubaler kira sendiri..
Sekarang ni saya guna teknik seperti gambar di bawah ni... jadinya tak perlulah berhenti kerana benang akan sentiasa bergerak dengan sendirinya.. dan cuma perlu berhenti kalau lenguh jer.. memang ambil masa untuk dipraktikkan lebih2 lagi jika kita dah terbiasa dengan teknik kat atas tu..
erm.. apa2pun terpulang kepada diri masing2.. saya tak cakap pun teknik pertama tu salah.. cuma apa yang saya tulis ni berdasarkan pengalaman saya. Apa2pun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada tuk guru saya yang telah membuka hati saya untuk meminati seni mengait ni (ceewwaahhh.. mcm menang award ler pulak..hikhikhik)..
ok.. bagaimana cara anda nak pegang benang tu terpulang pada diri masing2.. yang penting mengait mesti diteruskan.. betul tak? betul, betul, betul..