Sunday 12 January 2014

Sweet memory in 2013

Sepanjang tahun 2013, saya memang tak boleh lupakan satu kenangan manis yang berlaku di penghujung tahun tersebut.

Ceritanya bermula macam ni.. Di penghujung bulan november, saya telah mengikuti pertandingan membuat amigurumi anjuran blog 'crochet.is.fun'.. hadiah memang amat mengujakan.. saya telah mempertaruhkan sepasang hello kitty berkonsepkan 'wedding of the year'... memang rumit buat ami ni.. tapi sebab nak hadiah punya pasal..

Inilah amigurumi hello kitty.. ambil dari free pattern hasil carian dengan pakcik google..

Dengan ami ini jugalah saya telah dinobatkan sebagai pemenang pertama.. yuhuuu.. hati memang berlagu girang.. seronok tidak terkata.. apa tidaknya.. kerana saya telah memenangi set looming Martha Stewart yang bernilai RM170.. amat berbaloi rasanya saya buat sepasang..


Set ini dipanggil looming.. macam-macam boleh buat.. antaranya topi, beg dan lain-lain lagi.. kalau ada sesiapa yang berminat dengan set looming ni bolehlah jenguk-jenguk di blog crochet.is.fun.

ok.. jom mengait..